Monday 17 September 2012

AKHLAK SUAMI ISTERI KETIKA ISTERI HAMIL

Salam

Alhamdulillah...... usia kandungan sy kini mencecah 9 minggu. Sepanjang 9 Minggu ni, macam2 yg dialami.... pening kepala, muntah2, rasa tidak selesa, kelaparan tahap kebuluran dan macam2 lah...heeeeemmmmmm, 

Bila alami semua ni rasa tak sabar pulak nak tunggu baby keluar, hehehehehe.....
padahal baru 9 minggu, 

Insya_ALLAH sy akan cuba kuatkan diri demi anak mama ni,
anyway, terima kasih sangat2 buat suamiku tercinta kerana sentiasa faham kerenah isterimu ni... walaupun kadang2 sy lebih mengada-ngada, namun abg tetap melayan jugak kan...

Entry pertama ni menarik perhatian sy ketika mencari surah-surah amalan ketika hamil...



Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami , kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam 
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba 
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.




Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.